Tuesday, November 6, 2018

5 Perkara Yang Perlu Dielakkan Semasa Mengurut Bayi


.
Sudah menjadi lumrah bayi, sentiasa sukakan urutan. Tahukah anda ada perkara yang tidak boleh dilakukan sebelum, semasa dan selepas mengurut bayi? Jom baca supaya kita tahu hal penting ni.
.
❌Jangan mulakan urutan sehingga bayi betul-betul rileks dan bersedia.
❌Usah lakukan urutan bayi di atas permukaan yang lembut seperti tilam atau sofa.
❌Lakukan di atas lantai yang dialas dengan tuala atau kain yang bersih.
❌Semasa mengurut, perhatikan reaksi bayi. Jika bayi tersebut sudah mula menunjukkan tanda-tanda tidak selesa.
❌Antara tanda-tandanya: menangis, menahan nafas, mata melihat ke arah lain.
❌Jika bayi mudah teruja dengan urutan anda, cuba elakkan bercakap atau menyanyi semasa urutan. Ini kerana semasa teruja, otot mereka berada dalam keadaan yang tidak rileks. Urutan memerlukan otot-otot mereka rileks.
.
.
Urutan bayi sama sekali berbeza dengan urutan orang dewasa. Urutan bayi hanya pada permukaan kulit kereka sahaja, tidak perlu menekan jari ke dalam otot mereka.
.
.
#infobyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak

Wednesday, October 31, 2018

Ada Asma, Masih Boleh Bersukan Ke? .


Bila dilihat, asma dan aktiviti sukan nampak macam tak boleh duduk semeja, baring sekatil. Tak kena pada pandangan logik di mata kita. Tak takut sesak nafas ke semasa bersukan?
.
Tapi, anda silap.
.
Ada ramai ahli sukan yang mempunyai asma walaupun mereka aktif bersukan. Malah, ada antara mereka yang berjaya memecahkan rekod walaupun hidup dengan kekurangan tersebut. Siapakah mereka?
.
🏐*Jackie Joyner-Kersee* – Beliau merupakan seorang pemain bola jarring yang terkemuka. Beliau memenangi 3 pingat emas dan 1 perak walaupun ketika itu jurulatihnya tidak tahu mengenai asma yang dihidapi.

🏊‍♀*Amy Van Dyken* – Beliau adalah seorang atlet renang, sukan yang memerlukan atletnya menahan nafas. Nampak macam mustahil kan? Namun Amy berjaya memenangi 6 pingat emas di dalam 2 sukan olimpik yang berasingan.

🏊‍♂*Tom Dolan* – Kes Tom adalah lebih unik berbanding yang lain. Beliau mempunyai salur pernafasan yang agak cacat, iaitu sempit. Namun, sukan renang yang diceburinya adalah sukan yang paling berjaya.

🚴‍♂*Paula Radcliffe* – Asma ketika berumur 14 tahun tidak menghalang Paula meneruskan minatnya dalam sukan marathon. Dalam sejarah, beliau telah menyertai 4 sukan olimpik dan memenangi emas pada tahun 2005.

🏈*Jerome Bettis* – seorang atlet American football yang terkenal. Siapa yang rajin menonton sukan ini, mesti tahu mengenai jenis gerakan yang perlu ada dalam sukan ini – semua laju dan memenatkan!

.
Kesimpulannya, asma bukanlah titik noktah bagi mereka untuk bersukan. Dengan langkah yang bijak dan mengikut nasihat doktor, mereka boleh mencapai lebih dari orang lain.
.
.
#infobyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak

Monday, October 29, 2018

*7 Perkara Ini Yang Akan Membuatkan Asma Anda Makin Teruk* .


☠*Sejarah Asma Dalam Keluarga (Family History)*
Jika salah seorang dari suami/isteri ada penyakit asma, peluang untuk anak menghidap asma adalah agak cerah.

☠*Jantina dan Umur*
Asma adalah lebih ketara pada peringkat umur kanak-kanak. Jika dibandingkan antara lelaki dan perempuan, anak lelaki lebih mudah terkena asma

☠*Allergy*
Jika anak anda ada alergi terhadap perkara yang menyebabkan serangan asma, maka risiko serangan asma akan meningkat.

☠*Merokok*
Tanpa perlu diterangkan lagi, tiada kebaikan yang boleh didapati dari amalan merokok. Anda sakit, anak menderita.

☠*Pencemaran Udara*
Mereka yang tinggal di bandar lebih mudah terkena serangan asma disebabkan udara yang tercemar.

☠*Obesiti*
Pakar menjelaskan, obesiti akan menyebabkan badan lebih mudah terkena keradangan dan seterusnya menyebabkan serangan asma.

☠*Jangkitan Virus Di Peparu*
Jangkitan di peparu seperti pneumonia sememangnya akan menyebabkan asma semakin kronik. Amalkan cara hidup yang bersih.
.
.
#info by MHAMSB #MinyakHerbaAsmak

Sunday, October 28, 2018

*Macam Mana Nak Bezakan Asma Dengan Pneumonia?*


.
Ramai yang keliru pasal ni. Susah juga ni. Saya cuba ringkaskan seboleh yang mungkin ya.
.
Beberapa symptom asma sama dengan symptom pneumonia. Contohnya, sesak nafas, batuk, dan peningkatan kadar denyutan jantung.
.
Kalau tengok kepada ‘punca’ pula, pneumonia ni disebabkan oleh jangkitan. Manakala asma pula ada banyak punca, contohnya genetik (keturunan), pekerjaan dan sebagainya.
.
Orang yang ada asma, boleh ada pneumonia. Tapi orang yang ada pneumonia, tak semestinya akan ada asma.
.
Mereka yang ada asma, biasanya takkan disertai demam. Tapi mereka yang ada pneumonia, boleh jadi mereka akan demam dengan suhu yang tinggi.
.
.
#infobyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak

Friday, October 26, 2018

Tips Mengurangkan Panas Badan Anak yang Demam

*Tips Mengurangkan Panas Badan Anak Yang Demam*
.
Bila bercakap pasal demam, antara tips yang selalu kita dengar adalah “jangan mandikan anak dengan air sejuk”. Itu antara yang biasa didengar.
.
Tapi, apakah tips lain yang boleh digunakan? Maksud saya, tips yang berkesan lah kan, takkan yang tak berkesan pula ye tak.
.
Okay. Akak-akak boleh cuba tips ni. Biasa saya buat macam ni juga, Alhamdulillah perubahan tu agak ketara juga. Panas anak memang menurun.
.
Ambil sebiji buah lemon dan hiris nipis-nipis. Isi besen mandian anak dengan air hangat untuk mandi. Perahkan hirisan lemon tadi dah masukkan sekali hirisan tu ke dalam air mandian tersebut. Semasa mandikan anak, biar anak berendam sehingga kulit mereka ada tanda-tanda kecut. Selagi belum nampak kecut, jangan angkat.
.
InsyaAllah, akak-akak akan nampak perubahannya nanti ;)
.
.
#infobyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak #BedakAsmak

*MANFAAT HINGUS SEMASA SELESEMA*


.
Hingus ataupun disebut sebagai *“Nasal Mucus”* akan muncul semasa selesema. Ada yang tertanya-tanya, perlu ke mucus ni datang semasa selesema? Menyusahkan betul, ye tak? 😅
.
Hakikatnya, mucus sangat-sangat diperlukan oleh badan kita. Fungsi dan jasanya terlalu besar, lagi-lagi semasa selesema menyerang. Nak tahu apa fungsinya? Teruskan baca.
.
✅Melembapkan rongga hidung
✅Memerangkap bendasing seperti habuk, bakteria/virus ataupun ✅agen jangkitan yang masuk ke hidung semasa bernafas.
✅Sebagai lapisan perlindungan (immunity badan)
.
Semasa selesema atau batuk, mucus tu akan menjadi tebal/pekat dan bertukar warna menjadi kuning atau hijau, yang kita sebut sebagai hingus atau kahak. Itu tandanya kuman dan bakteria telah terperangkap di dalam mukus tersebut.
.
Jadi, berterima kasihlah kepada hingus dan kahak. Mereka banyak menolong badan kita melawan penyakit!
.
.
#infobyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak

Monday, October 22, 2018

*BERAPA RAMAIKAH PENGHIDAP ASMA DI KALANGAN ANAK-ANAK KITA?*


.
Gambar di bawah ni menggambarkan apa yang berlaku pada tahun 2006, di US. Ini pada tahun 2006, 10 tahun lepas. Agaknya macam mana situasi sekarang ya?
.
Lagi satu perkara yang merungsingkan pasal asma sekarang, adalah ibu bapa sendiri yang tak mahu melaporkan kepada guru mengenai masalah anak-anak mereka. Nanti ada masa saya cerita pasal effect asma ni kepada prestasi anak-anak semasa belajar.
.
.
#infobyMHAMSB #minyakherbaAsmak #rndteknologinano
Http://afeefahealthbeauty.wasap.my