Friday, October 26, 2018

*MANFAAT HINGUS SEMASA SELESEMA*


.
Hingus ataupun disebut sebagai *“Nasal Mucus”* akan muncul semasa selesema. Ada yang tertanya-tanya, perlu ke mucus ni datang semasa selesema? Menyusahkan betul, ye tak? 😅
.
Hakikatnya, mucus sangat-sangat diperlukan oleh badan kita. Fungsi dan jasanya terlalu besar, lagi-lagi semasa selesema menyerang. Nak tahu apa fungsinya? Teruskan baca.
.
✅Melembapkan rongga hidung
✅Memerangkap bendasing seperti habuk, bakteria/virus ataupun ✅agen jangkitan yang masuk ke hidung semasa bernafas.
✅Sebagai lapisan perlindungan (immunity badan)
.
Semasa selesema atau batuk, mucus tu akan menjadi tebal/pekat dan bertukar warna menjadi kuning atau hijau, yang kita sebut sebagai hingus atau kahak. Itu tandanya kuman dan bakteria telah terperangkap di dalam mukus tersebut.
.
Jadi, berterima kasihlah kepada hingus dan kahak. Mereka banyak menolong badan kita melawan penyakit!
.
.
#infobyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak

No comments: